Monday, May 28, 2012

KERANA SEHELAI BULU MATA.



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “ Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tidak pernah melakukan perkara itu…”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “ mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “ Inilah saksi-saksimu…..”
Tiba-tiba mata berbicara, “ Saya yang memandang,”
disusuli dengan telinga, “ Saya yang mendengar perkara itu”
Hidung pun tidak ketinggalan, “ Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernya, “ Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani, “ Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan, “ Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul, “ Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”
“Nah! Kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia amat berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “ Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “ Silakan wahai bulu mata”
“ Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada suatu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian airmata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAKA, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga : “ Liahtlah hamba ALLAH ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Pengajaran Yang Boleh Diambil……
Walau Sebesar Mana Pun Kesilapan, Kesalahan Mahupun Dosa Yang Telah Dilakukan, Apabila Ada Kesedaran Dan Keinsafan, Bertaubatlah Dengan Sepenuh Hati. Maka ALLAH Akan Memberi Keampunan Pada Orang-Orang Yang Bertaubat… Kerana ALLAH itu Maha Pengampun…


Photobucket

Friday, May 25, 2012

hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
Photobucket


Monday, May 21, 2012

Doa bulan rejab



semoga bermanfaat..
Photobucket

Kisah mencari pasangan


Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang
dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .... Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

Photobucket

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru!!

umum dah tahu semalam hari gurukan..jadi entry nie khas untuk semua insan yang bergelar guru..


pic kat atas tu gambar semua cikgu S.M.K.L,tempat yana belajar dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5..

yana sayang semua cikgu yana yang didik yana daripada tadika sampai sekolah menengah..

yana ingat lagi masa tadika dulu,yana tak suka pergi sekolah..sebab yana tak ada kawan..

yana pendiam,tak pandai bergaul..Yana boleh ingat lagi cikgu pertama yang yana bagi hadiah namanya cikgu gayah..yana bagi cikgu hadiah bunga telur jemputan khawin..kelakarkan..

Masa tu yana tadika lagi,semua budak ketawakan yana sebab bagi hadiah tu kat cikgu..yana tak ada duit nak beli hadiah mahal-mahal macam budak-budak lain..masa tu yana memang nak menangis..

Diorang kata bunga yang yana kasi tu bau busuk..tak wangi..Tapi tahu tak cikgu gayah kata apa pada yana??"tak ada lah bunga ni wangi sangat.."

Bila ingat balik,rasa sebak sangat..Terima kasih cikgu!!
Masa yana dah darjah enam,yana terjumpa cikgu gayah balik,tak sangka cikgu ingat lagi kat yana..

masa yana sekolah rendah,masatu yana darjah 5..yana,twinz yana dengan bestfriend yana,hajar..kitaorang ada plan buat suprise untuk birdhday english teacher kitaorang..nama nya teacher Roziah..

Pagi-pagi lagi kitaorang tiga orang masuk kelas ponteng waktu pj..semua pintu ngan tingkap kelas tutup..budak lain masuk,pelik je tengok kitaorang sibuk tiup belon..last-last satu claz joint

hadiah cuma ada tiga je lah..sebab kitaorang tak bagi tahu pon budak nie..budak nie contengkat papan hitam gedabak besar 'HAPPY BIRTHDAY TEACHER'

Bila dengar bunyi dari kasut teacher,semua kelang-kabut duduk kat tempat masing-masing..
"HAPPY BIRTHDAY TEACHER!!"Terkejut teacher bila masuk kelas..Teacher terharu sangat hari tu..

Tersenyum je bila ingat balik..hihi

Masa sekolah menengah,Yana tak pernah bagi hadiah pon pada cikgu..dari ting.1 sampai ting.5.. YaNA MINTAK MAAF MAAF SANGAT!! Tapi yana nak cikgu semua tahu, yana sayang semua cikgu yana..

Cikgu, jasa cikgu tak bolah di ukur..terlalu besar..termasuk cikgu-cikgu yana masa sekolah agama..dan darjah khas..

Cikgu Zaleha yang bayarkan yuran yana ngan twinz yana masa nak ambil periksa darjah khas..

yana sebak nak menaip..tapi hakikat nya disebalik kejayaan seseorang itu,terdapat insan yang bergelar guru..

TERIMA KASIH CIKGU!!




Photobucket

Monday, May 14, 2012

Love is cinta



Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jodoh?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
''Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada hari kiamat kelak:mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU?Hari ini KU-naungi mereka,dimana tidak ada naungan lain selain naungan-KU.''

credit : azyla

Wassalam..
Photobucket

How to become a good and successful medical student

Have I made the correct decision?

¨ Yes, you have. Being in the medical field, is one of the best field to give service to mankind. The person most loved by god is the person most beneficial. Being in the medical field, we are always useful in whatever situation. A doctor does not need an office, an organization to serve. A doctor is useful anytime, anywhere and to anybody. If you are one person whose life purpose is to serve others, then you have definitely made the correct decision.

2.

can I be a doctor one day?

¨ Sure you can! It all depends on your intention. A good intention will give good results. If your intention is to serve others, then you have all the power of god almighty, to achieve your ambitions. Whenever we do something with the intention to serve rather than thinking of what’s in it for us, you can be sure that god’s help and blessing will be with you all along. Once God’s help is with you, you will attract people, circumstances and situations that will help you to become a doctor. This may come in the form of doing well in your exams, getting the scholarship and the place in the university as well as passing all exams easily. It will cost you to have inspired actions, which will results in phenomenal success in whatever you do. Have full faith that with God, everything is possible.

What are the important traits to become a doctor?

¨ The most important thinking is a very positive mental attitude. One of the most important assets is that they must have a lot of compassion where a doctor has to put others before himself and always wanting things for others more than himself.

Credit : Dr.Muhaya

Photobucket

Di Patri Cinta Nabi


Sungguh, hati muslim dipatri cinta Nabi.
Dialah pangkal mulia. Sumber bangga kita di dunia.
Dia tidur di atas tikar kasar.
Sedang umatnya mengguncang tahta Kisra.
Inilah pemimpin yang bermalam malam terjaga.

Sedang umatnya tidur di ranjang raja raja.
Di gua Hira, dia bermalam.
Sehingga tegak bangsa, hukum dan negara.
Kala solat, pelupuknya tergenang air mata.
Di medan perang, pedangnya bersimbah darah.

Dibukanya pintu dunia dengan kunci agama.
Duhai, belum pernah insan melahirkan putra semacam dia!

[Dr Muhammad Iqbal]

Photobucket

Sunday, May 13, 2012

Cara solat istikharah

Eumm..budak-budak lepasan spm 2011 macam yana mesti keliru kan nak masuk mana..jom ramai-ramai buat solat istikharah untuk dipermudahkan urusan kita..



Solat Sunnat Istikharah


Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah


Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


credit untuk nursyirah


Wassalam..





Photobucket