Sunday, March 25, 2012

Result spm dah dapat..

Assalamualaikum peeps..

Hari rabu lepas dah dapat result spm..masa datang tu rasa cuak sangat..sekarang kan zaman dah moden..yana ingat nak check sms je result berapa,kalau teruk confirm yana tak datang..hihi. Tapi line buzy pulak,adoi rosak plan..Jadi nak taknak kena datang jugakla..ayah pulak sakit mata tak boleh drive hantar pergi sekolah..yana dengan kakak kembar yana tumpanglah kereta kawan ayah,Cik mat (jasamu akan ku kenang..cehwah!!)..tiba-tiba sampai sekolah tengok satu batang hidung pon tak ada budak perempuan semua budak laki berkumpul depan pintu pagar dengan motor kapcai diaorang..Adoh mak!!terpaksa lah buat muka tembok (yana memang tak rapat ngan budak laki even clazmates yana sendiri) dah lah tu tiba-tiba pak guard kata ''balik dulu,keputusan keluar pukul 11"Yana punyelah geram..berkobar-kobar nak ambil result pukul 10 dah datang tiba-tiba jadi cam ni pulak!!Takpe yana sabow-sabow..lepas di benarkan masuk menjejakkan kaki ke kawasan sekolah melepasi pagar sekolah,yana pon jalan ngan kawan yana yang baru sampai..tiba-tiba (berapa banyak tiba-tiba daa..),yana terdengar cikgu cakap KECEWA!!punyalah kecut perut,rasa macam jantung ni dah tergolek keluar masuk dalam longkang..yana dengan fne yana semua buat muka seposen..masa tu cuma berserah je la.Masa keputusan spm diumumkan,darah dah naik melebihi tahap maksima..jantung jangan cakaplah berdegup laju macam tengah naik f1 kat litar sepang!!Tapi apa yang mengembirakan bila mukadimah paling seksi keluar dari bibir cikgu Rahman ''sekolah kita dapat mengekalkan lulus 100%..TAHNIAH!!"Semua tepuk tangan macam team bola sepak malaysia dah belasah Machester united 8:0..(kalau salah eja tu sorrylah..honestly memang tak minat bola).Yana bangga ngan sekolah yana,walaupun sekolah luar bandar tapi cikgu-cikgu kat sini sangat-sangat bersungguh-sungguh bantu pelajar macam yana ni untuk berjaya..nak kata yana berjaya tu tak adalah,tapi alhamdulillah.Yana dapat 6A je..yana nak ucap kan banyak-banyak terima kasih pada semua cikgu-cikgu yana .. tak lupa juga buat fne yana ,clazmate yana 5 bestari (best crew) dan paling utama untuk ayah dengan ibu yana yang banyak berkorban untuk yana..(Amboi macam bagi ucapan menang bintang popular)..ok penat menaip..yana berhenti dulu ya..bye-bye..wassalam.

Photobucket

2 comments:

Arham Md Ali said...

Congrats dpt 6A, saya dulu 8A. Tp sebenarnye bile dah masuk university orang xpandang sangat result SPM. Macam member dia SPM 3A je tapi top student kat university sekarang.

liyana said...

Terima kasih Arham Md Ali..tahniah jugak sebab pernah dpt result cemerlang dlm spm!!kalau awk cakap macam 2 bsemangat sikit saya..sebab saya slalu pikir yg saya dah tak bpeluang nak brjaya kat luar sana..